Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi  Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka  Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara  telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem  ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian  kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,  Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara  yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.  Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau  Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,  Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep  penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah  menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan,  pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang  telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh  Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan  negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja  Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang  Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis  Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat  orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri  Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi  negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah  Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan  Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah  Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas  dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah  menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan  menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau  Ketua-ketua Menteri.

 Seri  Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah  Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah mememang  jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006
(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan Malaysia)
Yang di-Pertuan Agong 
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong  diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam  masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang  kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan  Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum  permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat  dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis  boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan  perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan  terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari  tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini,  Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh  pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk  Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat  pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh  pembubarannya
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong 
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Sumber: Parlimen Malaysia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar