Kamis, 21 April 2011

Al-Farabi

Digelar Aristoteles Kedua
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.
Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq  Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapaknya merupakan seorang anggota tentara yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya dari mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.
Selepas  beberapa  waktu,  beliau  berpindah  ke  Damsyik  sebelum  meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif alDaulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
Al-Farabi  terdidik  dengan  sifat  qanaah  menjadikan  beliau  seorang  yang  amat sederhana,  tidak  gila  harta  dan  cinta  dunia.  Beliau  lebih  menumpukan perhatian untuk mencari ilmu dari mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).
Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.
Selain itu, dia juga merupakan seorang pemusik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan  kesan  secara  langsung  kepada  pendengarnya.  Selain  mempunyai kemampuan untuk bermain musik, beliau juga telah menciptakan satu jenis alat musik yang dikenali sebagai gambus.
Kemampuan  Al-Farabi  bukan  sekadar  itu,  malah  beliau  juga  memiliki  ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang pengobatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.
Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahwa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang satu. Usaha untuk memisahkan kedua  elemen  tersebut  akan  melahirkan  sebuah  negara  yang  pincang  serta masyarakat yang kacau-balau. Oleh karena itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak heranlah, Al-Farabi dikenal sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan orang yang pertama menulis mengenai ilmu logika Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.
Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau  menentang  pendapat  Plato  yang  menganjurkan  konsep  pemisahan  dalam kehidupan manusia.
Menurut  Al-Farabi,  seorang  ahli  falsafah  tidak  seharusnya  memisahkan  diri dari sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.
Tanpa  sains,  seorang  ahli  falsafah  tidak  mempunyai  cukup  peralatan  untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justru, seorang ahli falsafah yang tulen menganggap keduanya merupakan komponen yang saling melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara  yang dipimpin oleh ahli falsafah.
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah disejajarkan dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle  kedua.  Bagi  Al-Farabi,  ilmu  segala-galanya  dan  para  ilmuwan  harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahwa keadilan itu merupakan sifat fitri manusia, pertarungan yang berlaku di antara manusia merupakan gejala sifat fitrah tersebut.
Pemikiran,  idea,  dan  pandangan  Al-Farabi  mengenai  falsafah  politik  terkandung dalam karyanya yang berjudul “Madinah al-Fadhilah”. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya ” Ihsa’ al-Ulum” dan “Kitab al-Jam”.
Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah “Kunci Ilmu” yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan “Fihrist Al-Ulum” yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.
Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori musik Islam, yang diberikan judul “Al-Musiqa” dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang itu.
Sebagai   seeorang   ilmuwan   yang   tulen,   Al-Farabi   turut   memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang pengobatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan  sumbangan  yang  cukup  bermakna  terhadap  perkembangan  ilmu pengobatan di zamannya.
Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting  dibanding  otak  dalam  kehidupan  manusia.  Ini  disebabkan  jantung memberikan  kehangatan  kepada  tubuh  sedangkan  otak  hanya  menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak dari pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta  dibicarakan  di  tingkat  universitas  untuk  mencari  penyelesaian  dan  sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants for single moms