Kamis, 21 April 2011

ibnu Sina

Ibnu  Sina  merupakan  dokter  Islam  yang terulung. Sumbangannya dalam bidang pengobatan bukan saja diakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama asli Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pelajaran peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logika, matematik, sains, fikih, dan pengobatan. Dia seorang filosof dan ahli dalam bidang kedokteran.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn  Nas  al-Samani  yang  gagal  diobati  oleh  dokter  yang  lain.  Kehebatan  dan kepakaran dalam bidang pengobatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelar al-Syeikh al-Rais.
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universitas-universitas Itali dan Perancis. Di abad ke-19, bukunya masih dicetak ulang dan digunakan oleh para mahasiswa kedokteran.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart  yang  mengandungi  sajak-sajak  pengobatan.  Dalam  buku  itu,  beliau  telah menceritakan  dan  menghuraikan  760  jenis  penyakit  bersama  dengan  cara  mengobatinya.  Hasil  tulisan  Ibnu  Sina  sebenarnya  tidak  terbatas  kepada  ilmu pengobatan saja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafisik, musik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap zenith yaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang digelutinya.
Di samping menjadi zenith dalam bidang pengobatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logika sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastra kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang  membicarakan  persoalan  falsafah.  Pemikiran  falsafah  Ibnu  Sina  banyak dipengaruhi  oleh  aliran  falsafah  al-Farabi  yang  telah  menghidupkan  pemikiran Aristoteles. Oleh sebab itu, pandangan pengobatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori pengobatan Yunani khususnya Hippocrates.
Pengobatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut  teori  ini,  kesehatan  seseorang  mempunyai  hubungan  dengan  campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang  seimbang  dan  apabila  keseimbangan  ini  terganggu  maka  seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap  individu  dikatakan  mempunyai  formula  keseimbangan  yang  berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kokoh kepada  dunia  pengobatan  untuk  mengenal  pasti  puncak  penyakit  yang  menjangkiti manusia.  Ibnu  Sina  telah  menapis  teori-teori  kosmogoni  Yunani  ini  dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembab, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini.  Ibnu  Sina  percaya  bahwa  terdapat pertahanan alami  dalam tubuh manusia  untuk  melawan  penyakit.  Jadi,  selain  keseimbangan  unsur-unsur  yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesehatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesehatan dan pengobatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahwa matematika bisa digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah   dikemukakan   oleh   ahli   falsafah   Yunani   seperti   Pythagoras   untuk menguraikan  mengenai  sesuatu  kejadian.  Bagi  Pythagoras,  sesuatu  benda mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan pahaman Ibnu Sina sebagai suatu kesesatan dan lebih merusak daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku AnNajah, Ibnu Sina telah menyatakan bahwa pencipta yang dinamakan sebagai “Wajib al-Wujud” ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak terbagi. Menurut Ibnu Sina, segala maujud (mumkin al-wujud) bersumber dari “Wajib al-Wujud” yang tidak memiliki permulaan.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab “Hikmah Ilahiyyah” dalam pasal “Tentang adanya susunan akal, jiwa langit, dan benda angkasa.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percabaan untuk membahas zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al’Falasifah yang membahas pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Di antara sanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina  dan  al-Farabi  mengenai  kebangkitan  jasad  manusia  dengan  perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di surga atau neraka.
Walau  apa  pun  pandangan  yang  dikemukakan,  sumbangan  Ibnu  Sina  dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak saja unggul dalam bidang pengobatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi.

0 komentar:

Posting Komentar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants for single moms